Banjir | TNB putuskan bekalan elektrik demi keselamatan

2022-12-22 0

Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertindak memutuskan bekalan elektrik dengan segera di kawasan banjir demi keselamatan orang ramai.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Indera Ir Baharin Din, langkah berkenaan juga bertujuan meminimumkan kerosakan pepasangan TNB dan memastikan pengurusan bekalan tenaga teratur serta berkesan demi kepentingan orang awam.